Berbaloikah Menggunakan Khidmat REN @ Ejen Hartanah?

imej: The Lingoda Blog

“Sudahlah kena bayar cukai, guaman, lagi kena bayar kos khidmat REN pula”

 

“Alah, kerja-kerja REN ni aku pun boleh buat” ; “Bazir je bayar kos REN ni, benda simple je pun!”

 

Itulah tanggapan awal bagi individu awam, mereka anggap menggunakan khidmat REN ini seperti satu pembaziran sahaja.

 

Sehinggalah mereka ingin menguruskan sendiri urusan jual-beli hartanah barulah mereka tahu dan faham kenapa menggunakan khidmat REN ini dianggap sebagai satu pelaburan dan keputusan yang amat bijak.

 

Berbaloi ke guna REN? Apa yang berbaloi sangat tu?

 

Berbaloi atau tidak, itu bergantung kepada diri anda sendiri. Cuba teruskan dahulu bacaan anda dan nilaikan sendiri adakah keputusan menggunakan khidmat REN ini berbaloi dengan kos yang anda bakal keluarkan?

 

Berikut adalah apa yang ada pada seorang REN:

 

1. Database (Pangkalan Data)

imej: contoh database REN

Dalam setiap urusan jual-beli, Database merupakan satu perkara yang penting untuk mendapatkan pembeli yang tepat bagi sesuatu barangan yang hendak dijual.

 

Seorang REN mempunyai banyak Database yang besar, dimana mereka mempunyai network pembeli yang sedia ada; mereka ini mempunyai latar belakang yang berkemampuan untuk membuat belian hartanah anda.

 

REN juga mempunyai maklumat tentang unit-unit yang hendak dijual, harga pasaran, kelayakan DSR sesuatu bank dan sebagainya. Oleh itu mereka dapat hubungkan (matched) pembeli dengan penjual dalam masa yang singkat. Urusan jual beli hartanah tidak akan mengambil masa yang lama.

 

Bagaimana REN matched-kan pembeli dengan penjual yang betul? Sudah semestinya dengan Database yang mereka miliki tersebut. Tidak kira berapa budget pihak pembeli, berapa harga jualan pihak penjual, pasti akan dapat di-matched dengan betul dan tepat – agar jual beli dapat dilakukan dengan cepat.

 

Boleh sahaja anda lakukan semua ini dengan sendiri, namun sanggupkah anda? – melayani puluhan / ratusan whatsapp, call dan mesej bertalu-tau berkaitan hartanah anda yang ingin dijual – hanya mendapati bakal pembeli yang anda “idamkan” tersebut tidak layak membuat pembiayaan, tiada simpanan atau lain-lain.

 

2. Professional Networking (Jaringan Professional)

imej: network world

Setiap REN mempunyai networking mereka sendiri. Network mereka ini boleh terdiri daripada jurubank (banker), peguam (lawyer),  penilai hartanah (real estate valuator), pemaju (developer) malahan ada juga mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan kerajaan tempatan seperti perancang bandar (city planner).

 

Apakah kelebihan network mereka ini kepada anda?

 

Dengan menggunakan network mereka ini, kenalan mereka ini boleh membantu dalam setiap urusan hartanah anda.

 

Contohnya:-

 

Banker boleh membantu anda mendapatkan pembiayaan rumah anda; jika anda mempunyai rekod yang tidak cantik – CCRIS, CTOS, Blacklisted ada banker  yang masih boleh membantu anda dengan cara yang betul. Pegawai LPPSA juga termasuk dalam kategori banker.

 

Lawyer yang bagus akan membantu anda menyiapkan dokumen jual beli serta membuat sebarang semakan dokumen hartanah; -contoh: semakan Caveat di pejabat tanah, percukaian tanah, Consent tukar milik dan sebagainya.

 

Namun begitu, ramai juga individu awam yang tidak mampu menyediakan yuran (fees) guaman.

Oleh itu terdapat juga lawyer yang boleh mendahulukan kos-kos legal ini terlebih dahulu sehinggalah pembiayaan anda diluluskan dan dikeluarkan oleh pihak bank.

 

Bagaimana nak dapatkan lawyer begini? -Tanya mereka (REN boleh bantu anda tanyakan – selalu mereka “ONNN je!! bila REN yang tanyakan)


Valuator pula boleh memberikan nilaian yang tepat terhadap nilai hartanah anda, agar anda boleh menjual pada harga yang munasabah dan tidak terlalu murah atau mahal. Harga yang betul – cepat jual.

 

City Planner pula merupakan satu jackpot kepada anda jika anda adalah seorang investor. Kerana anda dapat mengetahui perkembangan dan juga perancangan kerajaan tempatan dalam sesuatu kawasan lebih awal dari orang lain. – Boleh beli murah sebelum ramai yang berebut.

 

3. Pemasaran / Pengiklanan

imej: ally marketing

Kerja pemasaran atau pengiklanan, jika anda tidak mempunyai pengalaman dan juga skill pasti jualan hartanah anda “sendu” atau mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapat pembeli.

 

Jika menggunakan platform pengiklanan pula, “MAHALLL” – itu pun belum tentu akan dapat pembeli yang berkualiti.

 

Inilah kepakaran REN. jangan bimbang, segala kos pengiklanan akan ditanggung oleh REN. Anda tidak perlu pening kepala – Tak payah penat dan sakit kepala fikirkan duit poket dah habis untuk iklan, rumah tak terjual-jual lagi.

 

4. Pengalaman

imej: sesi viewing bersama buyer di sebuah unit Setiawangsa

Ini tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit. Pengalaman seorang REN akan melancarkan lagi urusan jual beli hartanah anda.

 

Sepanjang urusan jual-beli hartanah, pelbagai msalah teknikal sama ada dari segi law atau loan boleh berlaku. Pengalaman menguruskan urusan jual beli yang lepas oleh REN ini membuatkan mereka sudah biasa untuk melancarkan proses jual-beli walaupun timbul masalah-msasalah ini.

 

Pengalaman juga menyebabkan mereka sebagai salah seorang yang berkelayakan untuk menasihati anda berkenaan; market value jualan semasa, potesi hartanah, middle-man untuk rundingan hartanah – agar anda mendapatkan keuntungan semaksima yang mungkin dalam jual-beli hartanah.

 

Owner gembira,

Buyer happy,

REN smiling,

Everybody Wins.

 

5. Menguruskan Hal-Hal Lain

imej: dokumen – dawaibesi.com

Urusan-urusan lain yang berkaitan dengan jual-beli hartanah yang memakan masa dan tenaga akan dilakukan oleh REN.

 

Contohnya:-

 

Viewing – Sesi viewing unit hartanah ini agak memenatkan, katakan pada satu-satu hari, ada berpuluh bakal pembeli yang berminat dengan unit hartanah anda, mampukah anda bawa mereka ini untuk melihat-lihat unit anda? – REN BOLEH!! anda bagimana?

 

Paperwork – jual-beli yang melibatkan puluhan ribu, ratusan ribu, malah jutaan ringgit memerlukan paperwork yang lengkap baik dari segi percukaian, consentcaveatagreement, law dan lain-lain. Sudah pening? -REN buatkan untuk anda.

 

 

Kesimpulan

 

Tugas REN dalam memastikan urusan jual-beli hartanah berjalan lancar sahaja sudah meliputi 60% daripada keseluruhan proses jual-beli itu sendiri.

 

Berbaloikan anda rasa jika mengeluarkan sedikit kos namun anda dapat;

  1. membuat keuntungan maksima samada dari segi belian atau jualan hartanah?
  2. menjimatkan masa dan tenaga anda dengan urusan legal dan pembiayaan yang memeningkan?
  3. kajian dan situasi semasa kawasan sekitar hartanah yang ingi dibeli – investment?
  4. membantu anda membuat jualan atau belian walaupun mempunyai modal yang agak limited pada masa sekarang?

 

Saya serahkan pada anda untuk nilaikan sendiri.

 

Baca lagi:

REN @ Perunding Hartanah : Apa Kerja Mereka?

Harga @ Kos Menggunakan Khidmat REN / Ejen Hartanah

 

 

Berapa banyak kos yang diperlukan untuk menggunakan khidmat Perunding Hartanah?