REN @ Perunding Hartanah : Apa Kerja Mereka?

Sumber imej: Google

Seringkali kita mendengar tentang REN @ Perunding Hartanah ketika membuat sebarang urusan melibatkan hartanah. Siapa sebenarnya mereka?

 

REN sebenarnya berkerja dibawah REA.  REA (Real EstateAgency) merupakan pemegang lesen yang dikeluarkan oleh Board of Valuers, Apprisers, Estate Agents & Property Managers (BOVEA atau LPPEH). Dengan lesen tersebut, mereka boleh melantik REN bagi bekerja dibawah mereka.

 

BOVEA? LPPEH? Apa tu?

 

BOVEA atau LPPEH pula merupakan merupakan satu badan kerajaan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang lesen yang berkaitan dengan urusan hartanah.

 

REN (Real Estate Negotiator) pula merupakan individu yang dilantik oleh REA sebagai mewakili mereka untuk membantu urusan yang berkaitan dengan jual beli mahupun sewaan hartanah.

 

Imej: Barisan REN Maxxan Realty Sdn.Bhd

Apa Kerja REN? Bagaimana Mereka Membantu Dalam Urusan Hartanah?

 

Sebagai seorang REN, mereka ini mempunyai peranan utama dalam:

  1. Membantu serta memudahkan pemilik hartanah dalam sebarang urusan yang melibatkan hartanah. Sama ada dari segi menyemak harga pasaran, guaman, dan dokumen.
  2. Memudahkan pihak pembeli dalam membuat belian hartanah pilihan mereka. Bantuan yang diberikan merangkumi dari segi guaman, pembiayaan, percukaian, dokumen dan lain-lain yang berkaitan dengan hartanah.
  3. Membantu penyewa bagi mendapatkan unit sewaan yang sesuai mengikut kehendak mereka. Selain itu, REN juga akan menguruskan hal-hal berkaitan perjanjian penyewaan (Tenancy Agreement) dan sebagainya.
  4. Membuat pengiklanan dan juga mencari pembeli yang berminat untuk sebarang projek pembangunan oleh pemaju (Developers).

 

Seorang REN yang berpengalaman boleh membantu individu awam dalam:

  1. Urusan pembiayaan perumahan (Housing Loan).
  2. Urusan guaman hartanah (Property Legal).
  3. Memberikan nasihat untuk pemilik hartanah menentukan harga jualan berdasarkan harga pasaran semasa (Market Value).
  4. Menjadi pihak tengah dalam sebarang rundingan (Negotiation) sama ada dari harga, nilai tambah dan sebagainya antara penjual dan pembeli. 
  5. Memberikan nasihat pelaburan hartanah (Property Investment) dari segi potensi kawasan, trend harga semasa, pemancu hartanah sekitar (Property Booster) dan lain-lain.

 

 

Bagaimana mereka lakukan?

 

Seorang REN profesional dan berpengalaman mempunyai jaringan (networkyang ramai; Jurubank (Banker), Peguam (Lawyer), Penilai Hartanah (Property Valuater) – membolehkan mereka untuk merujuk kepada indivdu yang pakar dalam isu berkaitan hartanah.

 

Dengan pengalaman yang ada, REN boleh memberikan nasihat dan juga pandangan peribadi mereka berkaitan dengan info kawasan sekitar; plan pembangunan masa hadapan (future developing plan), Property Booster, Trend harga semasa, Jenis hartanah yang mendapat permintaan tinggi (Property Supply & Demand) – berdasarkan data-data dan fakta-fakta yang diperoleh daripada network mereka.

 

Maklumat ini amat penting kepada pembeli hartanah lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang pelabur. Maklumat ini membantu anda untuk membuat pilihan unit hartanah yang sesuai dan berpotensi.

 

Sebagai seorang pelabur, kegagalan untuk mendapatkan maklumat yang penuh dan menyeluruh boleh mengakibatkan anda membuat belian yang salah, seterusnya terpaksa menangung kerugian dalam jangka masa panjang.

 

Kesimpulan

 

Kerjaya seorang REN ini banyak membantu banyak pihak sama ada pembeli, penjual, penyewa, pelabur serta pemaju dalam sebarang urusan yang melibatkan hartanah.

 

Khidmat mereka ini banyak menjimatkan masa dan tenaga anda dalam menguruskan hartanah masing-masing.

 

Baca lagi:
Harga @ Kos Menggunakan Khidmat REN / Ejen Hartanah