STRATA? MASTER TITLE? – Peninglah! -Istilah Hartanah Yang Anda Patut Tahu

imej: google – confuse

Pernahkah anda melihat istilah-istilah dan ‘terminologi’ yang agak asing bagi anda ketika melihat iklan-iklan hartanah?

Namun anda tidak fahan langsung apakah yang dimaksudkan oleh istilah tersebut.

 

Post kali ini akan menerangkan secara ringkas makna dan maksud istilah dan ‘terminologi’ yang kerap digunakan tersebut.

 

Terminologi dan Istilah dalam Hartanah dan Maknanya:

 

Bedroom & Bathroom Quantites:

Menunjukkan bilangan bilik tidur dan juga bilik mandi (termasuk tandas) bagi unit tersebut.

 

4+1 / 3+1:

Menunjukkan bilangan bilik yang ada dalam unit tersebut serta bilik kecil (selalunya bilik pembantu rumah @ stor). simbol +1 tersebut menunjukkan bilangan bilik kecil tersebut. (Contoh: 4+1 = 4 Bilik dan 1 Stor)

 

Bilangan Parkir Kereta dan Jenisnya (Car Park and Type)

Open Car Park:

Jenis parkir kereta yang tidak berbumbung dan berada di ruangan terbuka. Selalunya terdapat di kediaman jenis apartment kos rendah.

Covered Car Park:

Jenis parkir kereta yang berbumbung. Selalunya terdapat pada kediaman apartment kos tinggi dan juga sederhana atau kondominium. Parkir berbumbung boleh juga terdapat dalam keadaan bertingkat.

Side By Side:

Keadaan parkir yang terletak sebelah menyebelah. Contoh satu unit kediaman diberikan 2 parkir, dan masing-masing mempunyai parking yang terletak sebelah menyebelah antar satu sama lain.

Front Back:

Keadaan parkir yang terletak dihadapan-belakang. Contoh satu unit kediaman diberikan 2 parkir, namun begitu dalam keadaan lurus, dimana 2 petak parkir tersebut berada dihadapan masing-masing. Sekiranya parkir tersebut menghadap dinding, pemilik kenderaan terpaksa mengalihkan kenderaanya yang berada di petak belakang sebelum mengeluarkan kenderaan di petak hadapan.

Tandem:

Keadaan parkir yang berlapis-lapis di sebelah. Contoh keadaan seperti di kawasan perumahan kos rendah (Flat) dimana parkir kenderaan yang agak terhad menyebabkan penduduk meletakkan kenderaan di bahu jalan dan disebelah kenderaan orang lain.

imej: open carpark – proavia.com

Occupancy Status

Owner Occupied:

Kediaman ini dihuni oleh pemilik hartanah tersebut pada masa sekarang.

Tenanted:

Kediaman ini dihuni oleh penyewa yang sah pada masa sekarang. Sekiranya anda bercadang untuk membeli unit hartanah untuk pelabuan, unit seperti ini adalah bagus untuk anda kerana anda terus mendapat penyewa selepas menandatangani S&P.

Vacant:

Kediaman ini dalam keadaan kosong. Boleh jadi mempunyai perabot dan boleh jadi tidak mempunyai sebarang perabot.

 

Facing Direction:

Menunjukkan arah hadapan unit tersebut menghadap. (Utara, Selatan, Timur, Barat); (Kolam Renang, Bukit, Pemandangan)

Arah hadapan atau beranda sesuatu unit ini juga kadang kala memainkan peranan penting terhadap Market Value sesuatu unit hartanah. Kerana ada pembeli yang menggunakan konsep Feng Shui semasa membeli hartanahnya. 

Unit yang mempunyai Feng Shui yang baik akan menyebabkan unit tersebut menjadi rebutan oleh pembeli dan secara tidak langsung meningkatkan Market Value unit itu sendiri.

imej: property fengshui -propertyinvestsg.com

Renovation:

Menunjukkan sebarang pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh pemilik asal. Unit-unit ini selalunya lebih cantik dan lebih menarik berbanding unit di sekitarnya.

Unit yang diubah suai ini mempunyai Market Value yang lebih tinggi berbanding unit sekitarnya.

Namun begitu, diingatkan juga bahawa untuk membeli unit yang diubahsuai, anda harus menyemak sama ada pemilik tersebut sudah mendapatkan kebenaran oleh PBT atau tidak bagi ubahsuai tersebut.

Sebarang pengubahsuaian yang tidak mendapat kelulusan oleh PBT tidak akan dikira oleh pihak bank dalam menentukan Market Value semasa.

Dan lebih malang lagi, jika anda sudah menandatangani S&P, dan terdapat saman yang dikeluarkan oleh pihak PBT berkaitan pengubahsuaian pada unit hartanah tersebut, andalah yang terpaksa menjelaskan kos saman tersebut keseluruhannya.

Anda sebagai pembeli berhak meminta salinan surat kebenaran untuk pengubahsuaian yang dikeluarkan oleh PBT kepada pemilik unit tersebut sebelum memulakan proses jual beli hartanah. (Anda boleh bertanyakan REN anda berkenaan hal ini).

imej: property renovation – homeworlddesign.com
imej: contoh kelulusan pengubahsuaian oleh PBT – pelukispelan.co.nr

Harga:

Asking Price:

Merupakan harga yang diminta oleh pemilik hartanah bagi unit hartanahnya. (selalunya masih boleh dirunding dan ditawar lagi)

Final Price:

Merupakan harga terakhir yang pemilik hartanah tersebut sanggup berikan kepada anda. (masih boleh dirunding, namun peluang untuk dapat harga yang lebih rendah adalah tipis – bergantung pada Skill REN anda, anda mungkin masih boleh runding pada harga jauh lebih rendah)

 

Jenis Hartanah:

Merupakan jenis hartanah yang ingin dijual seperti teres, townhouse, semi-detached, cluster bunglow dan lain-lain lagi.

 

Land Purpose (Tujuan Tanah):

Pada geran tanah akan dinyatakan fungsi tanah tersebut, samada untuk dijadikan sebagai pertanian, perindustrian, kediaman atau pertanian. (rujuk pada gambar geran).

imej: contoh geran

 

Hold Title (Jenis Pegangan)

Freehold (Hak Milik Kekal)

Pemilik bagi tanah ini mempunyai hak milik kekal dan akan diwariskan kepada keturunanya. Harga bagi unit di atas tanah ini selalunya lebih tinggi berbanding tanah jenis pajakan (leasehold).

Leasehold (Pajakan)

Tanah jenis ini merupakan pajakan dengan kerajaan tempatan. Selalunya tempoh pajakan adalah selama 99 tahun pada awal pemilikan. Dan akan berkurangan tahun demi tahun.

Untuk memanjangkan tempoh pajakan, anda perlu memohon dengan pejabat tanah tempatan untuk menambahkan pajakan anda dan terpaksa membayar satu harga premium atau pajakan.

Kebenaran dan kelulusan permohonan anda bergantung kepada pelan pembangunan kerajaan tempatan, sekiranya mereka bercadang untuk membangunkan kawasan tersebut pada masa hadapan, kemungkinan permohonan anda akan ditolak

Walaupun begitu, adalah jarang sekali berlaku dimana permohonan anda ditolak. Oleh itu anda tidak perlulah bimbang akan perkara ini. Jika ingin diambil sekalipun, kerajaan akan memberikan anda pampasan yang berbaloi kepada anda mengikut Market Value tanah tersebut.

Malay Reserved (Rezab Melayu)

Tanah kategori ini adalah untuk orang Melayu sahaja dan hanya boleh ditukar milik kepada individu yang berbangsa Melayu sahaja.

Namun begitu, tidak semua kaum Melayu layak memiliki tanah ini. Kaum Melayu yang berasal (lahir dan menetap) di bahagian semenanjung sahaja dapat memiliki tanah ini.

Orang Melayu dari Sabah dan Serawak tidak dibenarkan untuk memiliki tanah ini.

Walaupun pemilikan dan pasaran bagi tanah ini adalah terhad kepada satu kaum sahaja, anda jangan terkejut kerana kebanyakkan tanah ini terletak di kedudukan strategik dan selalu menjadi rebutan.

Daripada pengalaman saya sendiri, ramai juga dalam kalangan orang melayu mempu untuk membeli hartanah seperti ini yang rata-ratanya sudah mencecah jutaan ringgit. (contoh kawasan Setiawangsa, Ampang, Melawati).

Oleh itu, nasihat saya belilah hartanah ini jika anda mendapati lokasinya adalah strategik dan berpotensi, kerana boleh sahaja dijualkan kembali pada Market Value.

imej: contoh geran

 

Title Type (Jenis Geran)

Setiap geran mempunyai jenis masing-masing. Oleh itu setiap geran adalah berbeza mengikut kerajaan dan negeri yang mengeluarkannya. Secara umumnya terdapat 3 jenis geran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Master Title

Geran ini merupakan geran tanah yang luas dan juga geran induk. Selalunya meliputi tanah yang berkeluasan puluh dan beratus hektar. 

Kebiasaanya pihak pemaju akan mendapatkan geran induk (Master title) terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu projek pembangunan bagi kawasan tersebut.

Setiap unit dalam geran tersebut adalkah merupakan hak milik pemaju seperti yang tercatat pada geran. Kiranya sewaktu anda membeli unit dalam pembangunan (under-cons) unit-unit tersebut masih lagi milik pemaju sehinggalah selesai dan pemaju menyerahkan kunci kepada anda.

Apabila selesai pemaju menyiapkan sesuatu projek, geran ini akan dipecahkan kepada dua jenis bergantung kepada jenis projek yang dilakukan. Iaitu Geran individu dan juga geran strata.

Individual Title

Kebiasaan unit hartanah yang dibina diatas tanah mempunyai geran individu. Geran individu ini adalah geran yang biasa kita lihat (contoh-contoh gambar diatas sebelum ini adalah contoh geran individu).

Namun begitu, terdapat juga unit hartanah yang dibina diatas tanah tidak mempunyai geran individu namun diberikan geran strata (seperti satu projek di kawasan Coalfield – perumahan yang mempunyai pengurusan tersendiri).

 

Imej: Contoh geran strata

Strata Title

Geran strata selalunya diberikan kepada pemilik bagi hartanah yang dibina secara tinggi (high rise) seperti aprtment, kondo dan sebagainya. Ada juga unit individu yang dibina diatas tanah ada juga diberikan geran jenis strata. 

Hartanah strata ini merupakan satu hartanah bagi pemilikan bersama dan mempunyai pengurusannya yang tersendiri. Terdapat beberapa sekatan diatas unit seperti ini untuk anda membuat pengubahsuaian, contohnya anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengecat dinding luar unit anda dengan warna yang anda sukai tanpa persetujuan pihak pengurusan.

Jadual: Perbezaan Master, Individual & Strata Title

 

 

Land Area (Keluasan Tanah)

Menunjukkan ukuran bagi keluasan keseluruhan hartanah tersebut.

Sebagai contoh: 20′ X 70′ = menunjukkan ukuran tanah tersebut adalah 20 kaki lebar dan 70 kaki panjang.

 

Build Up Area (Keluasan Binaan)

Menunjukkan keluasan bagi sebarang binaan yang berada diatas hartanah tersebut yang boleh didiami. (binaan seperti parkir dan halaman tidak dikira dalam ukuran ini)

Sebagai contoh: Jika sesuatu unit itu menyatakan ukuranya adalah 20′ X 70′ land area, dan 20′ X 55′ Build Areabuild area tersebutlah yang menunjukkan keluasan binaan rumah tersebut.

Namun begitu, kebiasaanya build area ditulis dalam bentuk jumlahnya sahaja iaitu bagi build area 20′ X 70′ ditulis dalam bentuk 1200kps (kakipersegi)

 

Unit Position (Kedudukan Unit)

Menunjukkan kedudukan unit tersebut dalam satu baris unit-unit lain. (Contoh kedudukan unit dalam unit-unit teres)

Intermidiate

Hartanah anda berada di tengah-tengah baris unit-unit lain. Boleh jadi unit ke-3 / ke-4 / ke-13 dan sebagainya.

End-Lot

Hartanah anda adalah di hujung baris sekali daripada unit-unit lain. Jika unit-unit dalam kawasan itu mempunyai beberapa baris melintang, unit hartanah anda adalah pada lorong laluan dalam kawasan tersebut.

Unit ini selalunya mempunyai sedikit ruang lebihan atau mempunyai tingkap pada sebelah yang mempunyai lorong tersebut. Market Value unit ini adalah lebih mahal sedikit berbanding unit Intermidiate

Corner Lot

Hartanah anda merupakah unit pertama bagi setiap baris dalam sesuatu kawasan. Unit ini mempunyai ruang halaman yang lebih luas dan binaanya adalah berlainan sedikit berbanding unit-unit lain.

Market Value bagi unit ini adalah berbeza dan paling mahal berbanding unit-unit di kawasan yang sama.

 

Market Value (Harga Pasaran)

Merupakan harga pasaran / harga jualan bagi sesuatu kawasan. Nilai harga ini ditentukan oleh pihak penilai hartanah (property valuers) dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti pembangunan sekitar, kemudahan dan sebagainya.

Pihak bank akan merujuk pada Market Value ini dalam menentukan jumlah pembiayaan yang akan diberikan kepada pembeli.

Namun begitu, tidaklah menjadi paksaan kepada pihak penjual untuk mengikuti nilai ini. Anda boleh sahaja menjualkan hartanah anda pada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah.

Tetapi, jika anda jualkan pada harga yang lebih tinggi, kebarangkalian untuk mendapatkan pembeli yang sanggup membuat belian adalah rendah kerana mereka tidak boleh mendapatkan pembiayaan yang tinggi daripada pihak bank.

Jika anda jualkan pada harga yang rendah, memang cepat untuk anda dapatkan pembeli, namun anda mengurangkan potensi keuntungan yang anda boleh dapati daripada jualan tersebut.

Oleh itu, bincanglah dengan REN anda untuk mendapatkan harga yang ideal dan mudah dijual namun masih boleh mendapatkan keuntungan yang tinggi dari jual-beli tersebut.

 

Kesimpulan

 

Pengetahuan untuk mengenalpasti istilah dan Terminologi dalam hartanah mampu membantu anda untuk mengambarkan unit hartanah yang anda cari. Selain itu, anda juga dapat mengenal pasti potensi dan juga risiko bagi hartanah yang anda cari tersebut.